berpagian aku dengan opah dalam kebun kelapa sawit.sejuk sampai tak sempat berpeluh aku dibuatnya.tapi hati ni seronok juga sebab dapat dekat dengan opah.opah ajar aku cara ambik lidi untuk di kumpul bawa balik.nanti dirumah opah raut bagi cantik dan ikat untuk dijual seikat 50 sen.kebun kelapa sawit tu sebelah je dengan tanah perkuburan islam kampung tok pinang serendah.kata opah". nanti kita semua dok tang tu".kami lalu kawasan tu dengan dalam hati aku terdetik.janganlah opah dengan atuk mati tinggal kami.nanti siapa nak sayang kami,nak jaga kami.siapa lagi yang kami ada kalau bukan opah dan atuk.aku tak dapat bayangkan mereka berdua tiada.apalah nasib kami.sebab sedari kecil lagi kami ada mereka.kami bagai anak mereka.kami dijaga di sekolah kan .tanpa bantuan mana mana pihak.asu dan acik selaku mak dan bapa saudara banyak membantu opah atuk.walau tak sepenuhnya..tapi itulah hidup kami.acik jaga kami mcm ank sendiri...asu ...walau agak nakal ..tapi asu tak pernah berkira kami dirumah mereka.sampai satu masa,asu kerja di klang..tinggallah kami di rumah tu dengan atuk dan opah.kami rindu adik...adik kami umur 4 tahun je masa tu.hasmi atau kami panggil ami.mak tak tinggal dengan kami.tapi mak ada hantar ami kerumah kami setiap hari.kami dapat main dengan adik tu sebelom mak ambik adik tu balik kerja .waktu cuti sekolah kami akan berjalan kaki untuk jumpa ami.jauh sungguh rasanya masa tu.tp kami sayang adik..kami pergi jugalah.ah..biarlah kisah tu,akan aku ceritakan kemudian.
aku masih lagi mahu catatkan kisah aku dan opah dikebun kelapa sawit dengan lidi sawit kami.opah kata"ha,pijak hujung pelepah ni kebawah,lepas tu tarik satu satu daun sawit ni.pegang bahagian lidinya dan tarik sampai putus."aku buat hati hati dan aku makin laju dan cekap.aku bangga dapt kumpulkan banyak lidi untuk opah.kami kumpul lidi selalunya sampai waktu naik matahari opah dah ajak aku makan .opah bawa bekal dalam daun pisang.ada pulut dan ikan masin atau sambal.kesian opah.dalam hutan mcm tu pun masih ingat makan minum aku.itulah kasih sayang....ye itu kasih sayang.tak ada nilainya dengan duit ringgit atau harta bergunung.opah bentangkan kain tutup kepalanya atas rumput dan suruh aku duduk atas tu dan makan.ya allah...tak dapat aku bendung airmata ni hari ni tika menulis ni ternampak kasih sayang opah yang hebat tu dimata aku ni.opah duduk atas rumput.tapi opah lapikkan aku dengan kain untuk duduk,sebaknya hati aku nak suap pulut kat mulut aku.di depan aku opah duduk atas rumput.
"ya allah waktu aku menulis ni...opah dah dijemput olehmu ya allah.rahmatilah roh opah dan atuk yang membesarkan kami ya allah.....jauhkan lah azab siksa dari mereka yang penuh kasih sayang itu ya allah.berilah mereka tempat yg hebat dan tenang selayaknya mereka memberi kebaikan seumur kami dengan mereka..janganlah diazab mereka ya allah.dengarkanlah doa ku ya allah...dengarkan lah ya allah."
ada waktu nya opah cuma bawa bekal cekodok pisang dalam balutan plastik dan surat kabar dengan sebotol air.biasanya lpas makan kami akan sambung kerja mengumpul lidi sawit.agak dah matahari naik tinggi.hari menunjukkan kami perlu balik.opah nak masak makan adik adik dirumah dengan atuk.atuk tidor sebab atuk keje malam.waktu pergi opah bawa aku belakang basikal.tapi waktu balik opah sorong basikal sebab dah ikat daun sawit banyak di atas basikal.opah nampak seronok sanagt kalau lidi banyak.tapi perjalann balik selalunya ditepian tanah perkuburan tu opah ajak aku cari sayur hutan dulu.selalunya kami kutip terung kecil kecil tu.biasanya dipanggil terung pipit.pucuk paku dan kadang kadang jumpa cicli api dikawasan kelapa sawit.opah kumpul dan masukkan dalam poket baju je.hihi...oh indahnya ahidup aku.aku sayang opah dan hidup tu.
kami jalan balik.tak terasa pun letih jalan kaki.sebab apa saja opah jumpa dijalan opah petik yang boleh makan,opah bagi aku rasa.buah letuplah,buah telur kera lah,buat timun tikus lah...tau tau dah sampai je.sampai dirumah.opah mula memasak,aku mandi dan mula dengan aktiviti kami tiga beradik ..main dalam rumah sampai lebam.hahahahah.kami tak dididik main luar rumah kalau opah tak ada.kami tak diajar merayau mcm budak budak lain pusing kampung.opah tak mau nanti kami nampak mcm orang yang tak ada mak ayah.ye sekarang aku faham.opah nak butikan yang kami tak jahat walau tak ada mak ayah.
siap masak opah akankejutkan atuk bangun dan kami memang akan makan bersama.atuk opah aku ajib dan man...kamilah tiga beradik ...ni.sayu sungguh hati bila bayangkan situasi tu.walau kami makan x beralas tikar,walau kami hidup dalam pelita minyak tanah,walau kami tak kaya mcm orang lain.tapi atuk opah ada untuk kami.kami dah rasa lengkap.kami tak ada televisyen mcm orang lain.kami tak ada banyak mainan macam org lain.tapi kami tak pernh menangisi hal tu.yang kami mahu....atuk dengan opah ada buat kami je.besar nilainya mereka pada kami bertiga.
aku tahu menilai kasih sayang.....hanya dari kasih mereka.aku tak kenal kasih ibu atau ayah mcm budak lain.walau kami selalu jumpa mak.tapi kami seolah tak layak tinggal dengan mak.kami hanya melihat dan kami juga tak endahkan mak ada atau tak tidor dengan kami.tp kami takut bila opah atau atuk tak ada.mak memang tggl jauh dari kami.
cukuplah setakat ni untuk kenangan opah dengan aku.aku tak akan berhenti mendoakan mereka selagi aku bernafas dan waras.akan jadikan kisah mereka dengan ku suatu kisah yg penuh kasih sayang.tak ternilainya kasih sayang mereka........al fatihah buat mereka.....

Ulasan
Catat Ulasan