KISAH KAMI
Aku tiga beradik.kami sangat rapat.opah didik kami menyayangi satu sama lain.opah tak pernah ajar kami membenci antara kami.Alhamdulillah..aku pegang apa yang opah ajar pada kami.aku sangt menyayangi mereka yang namanya adik adikku.Tahu tak dulu waktu kami kecil,opah akan sediakan apa pun sama banyak.kami lansung tak ada rasa tidak puas hati.Ye opah garang,tapi aku dah faham kenapa opah tegas dan garang pada kami.sebab perjalanan hidup mmg banyak ujian yang kami kena tempuh.Aku bangga ada hati semacam yang aku ada ni.aku x mudah marah atau membenci adik adik aku.Cuma semusim berlalu dulu aku dibenci adik adik sedang mereka belom tau kenapa aku dan kenapa aku hilang dan bw diri sendiri.Bersama aku ada rahsia..aku membawa rahsia besar mak dan abah.Ye,walau aku dizalimi,tapi aku masih panggil abah .Sebab nya satu je.Macam yg aku tulis diatas opah tak didik kami membenci.hati aku tak mudah membenci sesiapa pun.Apa yang mereka lakukan pada aku,allah akan ada menjadi penilai dan bukan aku yang patut menghukum.BODOH......Ye aku makan hingga kenyang perkataan itu sedari dulu.Hanya aku terlalu mudah memaafkan .Walau aku sangt terluka.ah.....abaikan pembukaan kisah ku ini..tak perlu diperpanjangkan.ayuh..aku tak sabar nak memulakan kisah aku...
Kami membesar tak seperti kanak kanak lain.Tapi kami dalam limpahan dua orang tua kami.Kami ada atuk dan opah yang mendidik kami segala tentang hidup adat adap agama dan kasih sayang juga disiplin.Opah tegas dan garang dalam mendidik kami.seawal pagi aku dan Ajib akan mula kesekolah.Kami menaiki bas seawal jam 5.30 pagi.banyak perkara seram dan lucu yang berlaku waktu tiap kali kami nak kesekolah.hAHAHAHAHAHAH...senyum sorang aku sambil menulis ni.sedari awal kami keluar pintu rumah...atuk ajarkan kami bagi salam pada bumi dan langit kerana kami berpijak dan ;langit yang memayungi kami semoga allah memberi kami rahmat dan hidup yang baik sepanjang hari.Berbekalkan lampu suluh sorang satu,kami berjalan berdua nak tunggu bas di pekan.Maklumlah.....jam seawal 5 suku pagi memamg budak mcm kami ni takutnya ya amat.Aku selalu marah adik aku suka suluh lampu atas pokok.Kata opah jangan suka suluh atas pokok.Tapi adik aku asik nak suluh kesitu.Pokoknya memang besar sungguh dan sangt menyeramkan.hahahahahah.Aku pulak suluh jalan sebab zaman aku itu kejiranan di situ ada yang buang air kecil dan besar merata jalan.Takut terpijak je bukan apa.Biar hantu lagi dari nak pijak tahi orang.nasib baik dalan blog ni aku tak jumpa smiley..kalau tak memang smiley muntah nak aku bagi banyak banyak .
ok dah lepas part berjalan dan berhati hati bab najis manusia yang bergelimpangan tu.habis bab tu kami kena tempuh satu lagi bab yang tak kurang juga seram sejuknya.Kampung tempat kami membesar tu memang ada stesyen keretapi.Jadual keretapi berhenti selisih memang selalunya kena waktu kami lalu.Advanture betul laluan kami nak kesekolh.Kami kena panjat keretapi barang yang berhenti di landasan .Alah bisa tegal biasa,aku panjat lah sebab beg sekolah aku besar dan berat tak boleh lalu bawah.Adik aku boleh lalu bawah lagi.aku akan pastikan adik masuk bawah keretapi dan aku mula panjat dan kami akan serentak lepas dari ketapi tu.Opah suruh macam tu.Lama lama aku memang dah biasa .Kata opah,tengok adik tu,jaga adik tu.Aku memang akan pastikan adik aku selamat dan aku akan lalu lepas tu.Tapi ada satu masa tu...Adik aku ajib dah mula berani.Yelah dah besar sikit.Dia nak panjat keretapi macam kami juga.Tak rare lah asik nak lalu bawah.entah kenapa nak jadi cerita....dan mujurlah ajib panjat keretapi tu.kalau tak aku pun tak tau nak kata apa.aku tercengan di bawah sebab ajib naik atas dan tak lalu ikut bawah...tiba tiba keretapi bergerak dan berjalan.ya allah......aku bersyukur dalam terkejut beruk.tapi yang jadi masalahnya...keretapi tu bawa adik aku kat atas tu.hahahahahahah....adik aku menjerit menangis panggil aku.yang aku dah menggelupur macam orang tak betul nak lari panggil pak cik stesyen tu ke nak lari balik cakap kat opah.sambil ajib menjerit nangis..aku pun dah nangis sama....hahahahaha sebab ketapi dah jalan agak jauh kedepan.tiba tiba berhenti.terus suasana jadi senyap cuma dengar suara ajib je nangis.aku lari pergi kat adik pujuk bagi diam dan kami mula serik lepas pada tu nak panjat keretapi.tapi dah itu laluan kami,kami perlu lalu juga mahu atau tak.cuma aku terfikir kenapa keretapi tu...kenapa die gerak jauh sangt.setan betollah...nyaris aku ingt dia nak bawa adik aku hilang.malu je aku siap nangis.sambil tulis ni,aku nak nangis atau nak gelak pun aku tak tau.
NANTI SAMBUNG LAGI...NGANTUK PULAK
Ulasan
Catat Ulasan